Bagi memastikan Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sentiasa maju dan terus melangkah ke hadapan, pihak pengurusan telah mempunyai perancangan untuk jangka masa panjang dan jangkamasa pendek.

Antara rancangan tersebut ialah:

.

  • Menaikkan taraf perniagaan dari jenis pasaraya pakaian ke pasaraya besar di bangunan sendiri di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.
  • Mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan pusat jualan, pusat pentadbiran, training centre, gudang simpanan barang, tempat letak kenderaan milik syarikat dan sebagainya.
  • Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan di luar negara seperti di Mekah, Indonesia dan Singapura.
  • Mempunyai barangan yang berjenama SAKAN yang tidak hanya terhad kepada pakaian sahaja tetapi juga barang-barang keperluan dan barangan keperluan harian.
  • Memperbaiki sistem pameran dan peragaan sedia ada mengikut keluasan dan pasaran setempat.
  • Mempunyai kaunter perkhidmatan pelanggan di semua cawangan.
  • Mengembangkan lagi sayap perniagaan kami supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai dengan jaminan harga yang berpatutan serta kualiti boleh dibanggakan sekaligus menjadi contoh kepada usahawan bumiputera Melayu yang lain untuk terus maju.