SEJARAH PENUBUHAN

LogoRasmiSakanNama SAKAN adalah ilham pemiliknya; Dato’ Haji Che Umar Yatim sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982. Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Dato’ Hj. Che Umar yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Datin Resnah Husin sebagai Pengurus Syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.

Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato’ Hj. Che Umar mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 sebagai Pengurus PERKESO dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat membanggakan.

Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh empat (4) orang anaknya yang baru tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Open University Malaysia dan Ijazah Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, maka pada Jun 2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 77 cawangan pada hari ini (2016). Kesemua saham syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ Hj. Che Umar, isteri serta anak-anaknya.

Enam faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah:

  1. Pengetahuan dan pengalaman Pengarah Urusan; Dato’ Hj. Che Umar Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan mengharungi tiga (3) kegawatan ekonomi (tahun 1983, 1997 dan 2007) dengan baik malah semakin berkembang.
  2. Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Dato’ Hj. Che Umar dalam membentuk anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti yang ada pada hari ini.
  3. Budaya kerja yang diamalkan.
  4. Sifat amanah yang tingi.
  5. Keberanian mengambil risiko.
  6. Sedia berubah mengikut peredaran masa

MISI/VISI

  • Mengembangkan perniagaan yang ada sekarang kepada pasaraya besar dengan konsep tersendiri.