PENGENALAN

Segala bentuk perancangan yang dijana hasil daripada satu gerak kerja yang sistematik dalam mentadbir sumber-sumber organisasi secara tersusun dan menuju ke arah pencapaian matlamat organisasi syarikat. Perancangan yang digunakan adalah untuk menjadi panduan supaya tugas-tugas dan aktiviti operasi perniagan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

MATLAMAT ORGANISASI

Di antara matlamat organisasi syarikat ialah:

a) Meminimakan kos para pelanggan dan memaksimakan keuntungan yang diperolehi di samping menyediakan pengurusan yang cekap dan berkualiti.
b) Memuaskan hati para pelanggan dari semua peringkat tanpa mengira miskin, kaya, bangsa, agama, tua atau muda.
c) Menjamin dan mengawal mutu barang dan perkhidmatan supaya dapat memuaskan hati para pelanggan.
d) Menjual barang-barang dengan harga borong dan memberi peluang kepada
golongan miskin untuk berbelanja.
e) Mendukung tinggi etika-etika usahawan muslim ke arah memastikan kesejahteraan ummah.
f) Memperolehi pelanggan-pelanggan tetap yang ramai.
g) Membantu para usahawan/peniaga-peniaga melayu kecil-kecilan memperkembangkan perniagaan mereka dengan harga borong yang ditawarkan.
h) Menjadi pendorong kepada bumiputera lain untuk menceburi bidang perniagaan seterusnya menyahut seruan kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.
i) Memberi peluang pekerjaan kepada remaja-remaja melayu yang dalam kesempitan hidup serta memberi tunjuk ajar dan mengasuh supaya mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mampu menjadi seorang usahawan berjaya kelak.

STRUKTUR ORGANISASI

Sebagai sebuah perniagaan yang berbentuk kekeluargaan, semua pemegang saham yang terlibat dalam perniagaan ini adalah bertanggungjawab untuk sama-sama menguruskan hal-hal berkaitan dengan selok-belok perniagaan yang dijalankan. Setiap pemegang saham terlibat secara aktif dan mempunyai jawatan dan peranan masing-masing. Untuk menjalankan perniagaan ini secara profesional, semua pemegang saham mempunyai kemahiran dan kelayakan akademik yang sesuai. Struktur organisasi ini dibentuk ke arah mencapai matlamat dan misi organisasi.

CARTA ORGANISASI

Segala bentuk perancangan yang dijana hasil daripada satu gerak kerja yang sistematik dalam mentadbir sumber-sumber organisasi secara tersusun dan menuju ke arah pencapaian matlamat organisasi syarikat. Perancangan yang digunakan adalah untuk menjadi panduan supaya tugas-tugas dan aktiviti operasi perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tiga (3) orang pengarah syarikat terlibat secara langsung di dalam pelbagai unit operasi dengan kakitangan dari bahagian masing-masing. Unit-unit ini termasuklah pentadbiran cawangan, sumber manusia, pentadbiran dan akaun syarikat, pembelian, pemasaran, stok dan inventori.

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Pengarah-pengarah Syarikat

a) Menetapkan matlamat dan objektif syarikat
b) Memastikan pengurusan dan perjalanan syarikat di landasan yang betul dalam usaha mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
c) Bertanggungjawab menjalin hubungan baik dengan badan kerajaan, pekerja, pembekal dan pelanggan.
d) Menganalisa komen dan teguran membina dari pelanggan.
e) Bertanggungjawab terhadap segala urusan bank.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Pentadbiran dan Perakaunan (PPA) iaitu Puan Rosmariza yang bertindak mengurus syarikat seperti perjalanan syarikat, hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pekerja (gaji, KWSP, PERKESO, kenaikan gaji, cuti pekerja dan masalah disiplin pekerja). Selain dari itu, PPA juga mengawal kewangan syarikat seperti pendapatan dan perbelanjaan syarikat. Bagi melancarkan perjalanan syarikat, PPA turut dibantu oleh 15 orang yang berada di ibupejabat yang terdiri dari Senior Manager Admin, Pegawai Pentadbiran, Pegawai Akaun, Penyelia Akaun, Kerani Pembayaran 1 dan 2, Kerani Kemasukan Data 1 dan 2, Kerani Jualan 1 dan 2, Kerani Properties dan Kerani HR 1, 2 dan 3 serta Kerani Am.

Bahagian Pembelian dan Pemasaran

Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Pembangunan Korporat (PBK) iaitu Encik Hairil Amri dengan dibantu oleh Senior Manager Purchasing yang bertanggungjawab terhadap pembelian stok. Untuk itu, beliau akan sentiasa mengikuti perkembangan atau trend barang yang sentiasa laris di pasaran. Selain dari mengekalkan hubungan baik dengan pembekal yang sedia ada, PBK juga cuba mendapatkan pembekal baru yang boleh menawarkan harga yang lebih murah. Dengan cara ini, pihak syarikat dapat menjual barangan kepada pelanggan dengan harga yang lebih istimewa. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan bahagian pemasaran, PBK juga bertanggungjawab untuk mencari idea bagi menarik minat pelanggan untuk membeli-belah di SAKAN. Ini adalah penting untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Bahagian Setor

Setiap barang yang diterima daripada pembekal akan disimpan di dalam setor sebelum diagihkan ke cawangan-cawangan. Hingga kini, SAKAN. mempunyai 3 buah setor bagi menempatkan barangan sebelum diagihkan kesemua cawangan. Untuk mengawal setiap barang keluar masuk, SAKAN mempunyai 80 pekerja setor termasuk kerani dan pekerja setor. Tugasan mereka ialah memeriksa, menerima dan mengesahkan setiap barang yang diterima. Sekiranya apa yang diterima sama dengan bil dan invois, maka mereka akan mengesahkannya. Bil ini akan diserahkan kepada bahagian akaun bagi tujuan pembayaran. Pada setiap hari Isnin, semua cawangan akan membuat pemeriksaan stok. Dengan cara ini, bahagian setor dan pembelian akan membuat analisis samada penambahan stok perlu dilakukan atau tidak. Sekiranya terdapat barang yang tidak laku, bahagian pemasaran akan memikirkan kaedah yang perlu dilakukan bagi menghabiskan stok. Bagi menambah keberkesanan pengawalan stok, Post System digunakan. Di dalam sistem ini, Ketua Operasi Barcode akan memantau baki stok di cawangan bagi mengelakkan lebihan stok berlaku.

SUMBER MANUSIA

Pada masa ini, terdapat seramai lebih dari 1,000 orang kakitangan SAKAN yang diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat syarikat. Pemantauan jumlah kakitangan setiap cawangan, gaji, KWSP, PERKESO, cuti, surat-surat berkaitan kakitangan dan pengawasan disiplin kakiangan dibuat oleh bahagian ini melalui laporan (bulanan, mingguan atau mengikut keperluan) daripada pengurusan cawangan. Sesi latihan untuk pengurusan cawangan dikendalikan oleh bahagian ini manakala pengambilan kakitangan cawangan dilakukan oleh Penyelia di cawangan masing-masing.

Insentif Pekerja

Insentif pekerja disediakan untuk mendorong para pekerja supaya lebih tekun dan komited dalam melakukan tugas. Ini juga bertujuan bagi mengurangkan kadar pertukaran pekerja dan kami berharap insentif ini akan mewujudkan perasaan sayangkan syarikat dikalangan pekerja-pekerja kami. Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, beberapa aktiviti dan pemberian faedah disediakan kepada pekerja. Di antaranya ialah :

a) Cuti Sakit
Kemudahan ini disediakan mengikut pengesahan doktor dari hospital kerajaan Seorang pekerja itu samada tetap atau sambilan mereka layak dibayar cuti sakit sehingga 14 hari setahun.

b) Cuti Tahunan
Para pekerja akan diberi cuti tahunan selama 8 hari tidak termasuk cuti bersalin. Ini adalah berdasarkan kelayakan cuti yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh.

c) Kenaikan Gaji
Setiap pekerja mempunyai peluang kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja mereka. Kenaikan gaji tidak bergantung kepada tempoh perkhidmatan sebaliknya adalah berdasarkan prestasi dan elemen-elemen lain dalam penilaian tersebut.

d) Kenaikan gaji tahunan
Jika tiada kenaikan pangkat atau gaji, kakitangan masih tetap mendapat kenaikan gaji tahunan dalam jumlah yang berbeza bergantung kepada dua kategori; kakitangan biasa dan kerani serta pengurusan cawangan dan pegawai.

d) Potongan Perkeso
Setiap pekerja akan diberi perlindungan sewaktu bekerja, sewaktu dalam perjalanan
datang dan pulang dari kerja.

e) Potongan KWSP
Setiap pekerja adalah dicarum agar mereka merasa ada kepentingan untuk melakukan kerja, dihargai dan simpanan secukupnya untuk hari tua.

f) Hari Keluarga
Hari keluarga syarikat diadakan 2 tahun sekali dan semua cawangan bergabung untuk mengeratkan pertalian diantara pihak pengurusan dan bertukar-tukar idea. Hari Keluarga yang pertama bagi SAKAN diadakan di Bayu Emas Apartment, Batu Feringgi Pulau Pinang.

g) Bonus
Bonus dari pihak syarikat diberikan pada hari raya bergantung kepada jawatan, prestasi, tahap disiplin, kedatangan dan tempoh perkhidmatan. Jumlahnya juga bergantung kepada keuntungan tahunan syarikat. Setiap tahun, syarikat telah memperuntukkan bonus kepada kakitangan di antara satu(1) hingga tiga(3) bulan gaji.

h) Lawatan Luar

Kini telah 3 tahun berturut-turut, pihak SAKAN menawarkan lawatan keluar negara kepada Pengurus-Pengurus yang cemerlang. Antaranya ialah ke Chiangmai Cheangrai, Bandung dan Star Cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi.