KUMPULAN SASARAN

Tumpuan SAKAN adalah untuk memenuhi kehendak golongan pertengahan dan golongan berpendapatan rendah. Ini bertepatan dengan slogan syarikat iaitu “Ingat Murah Ingat Sakan”. Pelanggan utama kami adalah terdiri dari golongan masyarakat Melayu Islam. Selain itu, peruncit dan pemborong termasuk peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan agensi-agensi kerajaan juga merupakan pelanggan tetap syarikat.

PENJUALAN LANGSUNG

Pada dasarnya penjualan barang-barang adalah secara langsung (terus dari pengilang) tanpa melalui orang tengah. Ini termasuklah produk keluaran tempatan dan produk yang diimpot dari luar negara. Penjualan tanpa melibatkan orang tengah membolehkan kami menjual pada harga borong dan mampu bersaing walaupun dengan syarikat-syarikat besar.

PILIHAN / KEPELBAGAIAN

Terdapat lebih dari 4,000 jenis barangan yang ditawarkan di rangkaian pasaraya kami. Antara barangan yang terdapat adalah barangan dari rangkaian muslim, pakaian untuk semua peringkat umur, kelengkapan rumah, alatan sekolah, alatulis, perkakasan dapur dan peralatan rumah. Jenis barangan yang terdapat di cawangan adalah berbeza bergantung kepada keluasan premis perniagaan. Kami sentiasa mencari dan menambah barang-barang yang sedia ada untuk memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan.

KONSEP KEISLAMAN

SAKAN berpegang teguh kepada konsep fardhu kifayah di mana ia merujuk tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim untuk menawarkan keperluan kepada saudara Muslim. Kami mempunyai pelbagai jenis barangan untuk keperluan pelanggan Muslim.

TUNAI / TEMPOH KREDIT PENDEK

Tidak seperti pasaraya atau syarikat lain yang biasanya membayar untuk tempoh kredit/konsaimen selama 90-180 hari. Hampir 70% daripada pembelian kami adalah secara tunai atau tempoh kredit yang pendek (sehinga 60 hari sahaja). Kesemua pembelian juga dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk memastikan SAKAN membeli dan menjual pada harga yang murah serta mampu bersaing.

PENGLIBATAN PENGURUSAN

Berbeza dengan pasaraya dan syarikat-syarikat lain, pengurusan SAKAN prihatin terhadap barang-barang sebelum dan selepas pembelian. Pengarah Urusan dan Pengarah Pembangunan Korporat terlibat secara langsung dan peka tentang barang-barang yang dibeli. Kami merasakan ini sangat penting untuk memastikan pengawalan sepenuhnya terhadap keseluruhan operasi pada setiap masa dan musim jualan.

PENGETAHUAN TENTANG PRODUK

Dari segi produk yang dijual, pengarah-pengarh syarikat terlibat secara langsung dalam mengikuti perkembangan terbaru iaitu rekaan-rekaan dan produk-produk terkini dengan menyertai Pameran Antarabangsa yang diadakan di dalam dan luar negara setiap tahun. Dari semasa ke semasa juga, tinjauan pasaran tempatan dilakukan untuk memastikan harga jual barangan adalah kompetitif dan dapat mengekalkan serta menarik pelanggan baru. Selain itu maklumbalas para pelanggan dan kakitangan serta Penyelia-penyelia cawangan yang berhubung secara langsung dengan pelanggan juga diambil kira. Ini adalah untuk mengenalpasti kemahuan pembeli tentang produk baru dan maklum balas terhadap produk sedia ada.

STRATEGI HARGA

SAKAN mempunyai hubungan rakan niaga yang strategik samada dengan pembekal mahupun pelanggan berasaskan komitmen jangka panjang. Terdapat dua jenis harga, satu untuk pelanggan dan satu lagi untuk peruncit dan pemborong. Bagi kebanyakan produk, harga adalah sama di semua cawangan. Walaubagaimanapun, harga di cawangan juga bergantung kepada kos (pengangkutan), persaingan setempat dan kuasa pasaran. Harga selalu bertukar untuk mengekalkan status pasaraya yang menawarkan harga terendah untuk pasaran. Hanya pengarah-pengarah syarikat berkuasa untuk meluluskan harga jual atau harga borong untuk semua jenis produk.

PESAING

Kewujudan pesaing adalah lumrah di dalam dunia perniagaan. Oleh itu, bagi mendahului pesaing, pihak pengurusan telah menekan dan mengamalkan 4 perkara iaitu:

  • Harga yang rendah berbanding dengan pesaing.
  • Produk yang pelbagai bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.
  • Promosi yang hebat untuk memperkenalkan pasaraya dan barangan baru  kepada pelanggan.
  • Lokasi setiap cawangan yang strategik iaitu kedudukan yang menjadi  tumpuan orang ramai.

Dengan mementingkan keempat-empat perkara di atas, Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. semakin mendapat tempat di hati para pelanggan.