Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd, Nombor pendaftaran 550991-A yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 telah ditubuhkan pada Jun 2001 merupakan sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan jualan runcit dan borong menumpukan pada jualan pakaian untuk semua peringkat umur, keperluan persekolahan, peralatan bayi, barang-barang kelengkapan rumah merangkumi peralatan dapur, bilik tidur, permaidani, selimut dan set katil sehingga kepada keperluan Umrah dan Haji.
Pada masa kini dalam bidang peruncitan SAKAN menpunyai enam puluh satu (61) cawangan pasaraya di seluruh Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Kangsar, Perak.
Selain dari bidang peruncitan, SAKAN juga turut aktif dalam bidang pembekalan tekstil dan uniform secara pukal kepada pelanggan korporat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Kejayaan SAKAN bergantung kepada matlamat objektif dan subjektif yang ditetapkan selain faktor pengurusan wang dan pentadbiran yang terancang. Sejak SAKAN ditubuhkan secara rasmi pada Jun 2001, sambutan pelanggan dan jualan syarikat amat memberansangkan.
Alamat Ibu Pejabat : Lot 7067, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar,Perak.
No Tel : (+6) 05 777 3390 / 776 9933 (pejabat)
: (+6) 05 776 6390 / 7774339 (faks)
E-Mail : [email protected]