Polisi Penukaran & Pemulangan

POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK

Semua produk yang telah diterima oleh pelanggan selepas proses pembelian, TIDAK BOLEH dipulangkan kembali melainkan terdapat sebarang kerosakan produk atau kesilapan produk nyata oleh pihak kami terhadap tempahan produk pelanggan.

DEFINISI KEROSAKAN PRODUK

Produk akan dikira rosak sekiranya terdapat ciri-ciri seperti:

  1. Saiz sebenar sangat jauh berbeza dari saiz yang dinyatakan
  2. Nampak kecacatan yang nyata dari segi bentuk

DEFINISI KESILAPAN PRODUK

  1. Saiz yang diterima berlainan daripada saiz yang ditempah
  2. Produk yang diterima berlainan daripada produk yang ditempah
  3. Jumlah produk tidak mencukupi(tercicir)

CIRI-CIRI UMUM BARANG/ PRODUK

  1. Warna mungkin ada perbezaan bergantung kepada faktor pencahayaan dan resolusi skrin paparan.
  2. Ukuran mungkin terdapat perbezaan (+-) 1-3 cm.

Penukaran Barang/Produk

  1. Baju yang diterima ingin ditukar saiz atau baju yang diterima bermasalah seperti salah terima saiz atau baju koyak.
  2. Memaklumkan kepada pihak kami untuk memastikan jenis barang asal yang dibeli dan ingin ditukar masih mempunyai stok.
  3. Memberikan perincian penukaran baju dibawah.

Nama:

Alamat:

No. Telefon:

Email:

Barang yang dibeli:

Saiz baju:

  1. Penukaran saiz hanya sah dalam tempoh 7 hari setelah baju diterima.

*NOTA PENTING

Kami tidak menerima penukaran produk yang lain. Sila pastikan produk yang dipilih adalah betul dan mengikut kehendak anda.

BAYARAN BALIK

Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya berlaku kerosakan produk atau kesilapan produk dan pihak kami tidak dapat menggantikan dengan produk yang sama atau produk lain yang sama nilai yang dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan perlu membaca dan meneliti terma dan syarat bayaran balik seperti yang berikut:

  1. Barang/ produk yang dipulangkan akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan produk adalah rosak seperti yang dilaporkan.
  2. Pembungkusan juga perlu berada dalam keadaan asal yang diterima.
  3. Jika barang/produk telah digunakan atau rosak oleh pelanggan, tiada apa-apa bayaran balik akan diberikan.
  4. Pihak Pasaraya Borong Sakan juga tidak akan bertanggungjawab jika penghantaran anda hilang semasa transit pemulangan.
  5. Apabila pihak kami telah menyemak dan mengesahkan barang/produk, pelanggan akan menerima bayaran balik dalam tempoh 7 hari selepas pengesahan

*NOTA PENTNG

Sekiranya berlaku kerosakan pada produk yang anda terima, sila whatsapp & hantar maklumat ini kepada kami:

  1. Gambar keseluruhan produk yang diterima
  2. Gambar produk rosak
  3. Gambar jelas consignment note perkhidmatan kurier.

Sekiranya masalah berpunca bukan dari pihak kami,caj penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan.

Alamat Pemulangan:

IBU PEJABAT PASARAYA BORONG SAKAN

Lot No. 7067, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar,

33000 Kuala Kangsar, Perak

Click to Chat on Whatsapp!